Wednesday 3 July 2013

Bermula Sebagai Blogger


Saya mempunyai sebuah blog sekitar tahun 2008. Ketika itu saya tertarik apabila mendengar cakap-cakap daripada orang yang blog menghasilkan pendapatan sampingan.

Tetapi selama setahun saya hanya bermain-main dengan blog, tanpa tahu hala tuju atau apakah perkara sepatutnya saya lakukan.

Hinggalah pada penghujung tahun 2009, barulah saya tahu teknik dan cara untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Saya mulai berlajar bagaimana mahu berkomuniti dengan blogger-blogger lain dan saya juga mula mengetahui bagaimana menjana pendapatan dengan syarikat pengiklanan.

Selama beberapa tahun saya bertukar-tukar syarikat pengiklanan. Hinggalah pada tahun 2011 saya mulai merasa selesa apabila berjaya membuat pendapatan sekitar RM600 ke RM700 dengan blog.

TETAPI perlu diingatkan ya! Pendapatan ini tidak stabil setiap bulan. Ada masanya ia kurang daripada biasa. Ini kerana semuanya bergantung kepada jumlah pelawat yang kita terima dan juga iklan yang telah disediakan oleh syarikat pengiklan yang memilih blog kita.

Bagi yang masih lagi tidak biasa dengan blog dan teringin untuk mencubanya, saya cadangkan anda banyakkan membaca perkongsian daripada blogger-blogger lain berkaitan 'kata kunci' (keywords) dan juga niche.

Dua elemen itu adalah yang paling penting bagi saya untuk melahirkan sebuah blog yang berjaya dan juga yang boleh menghasilkan pendapatan.

Semoga perkongsian pengalaman saya ini membantu anda kelak.

Terima kasih kerana membaca