Thursday 21 February 2013

5 Cara Menaikkan Like Pada Fanpages


Memiliki fanpages di Facebook sememang satu langkah terbaik yang diambil lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang peniaga, baik secara online atau offline.

Fanpages memudahkan pelanggan-pelanggan anda untuk mengetahui perkembangan, promosi atau produk baru yang anda ada dengan mudah. Fanpages juga memudahkan anda berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan anda dengan suasana yang lebih santai dan tidak terlalu formal.

Namun apa yang memeningkan kepala pemilik fanpages ialah cara untuk menarik atau menaikkan like pada fanpages dengan banyak dan cepat.

Di bawah ini saya kongsikan 5 cara yang selalu digunakan untuk menaikkan like pada fanpages dengan cepat.

Jemput kawan-kawan 

Selepas anda siap membuat fanpages, terus jemput kawan-kawan yang berada dalam list Facebook anda untuk like pada fanpages milik anda. Cara ini berkesan juga. Namun dari pengalaman saya, sekiranya anda mempunyai 500 atau 100 senarai kawan, mungkin yang akan like fanpages anda hanya 10 ke 20 orang. 
 
Pasang widget fanpages 

Sekiranya anda mempunyai blog atau website, saya cadangkan supaya anda meletakkan Fanpages anda di bahagian widget. Cara ini bagi saya terbaik juga kerana sambil anda mendapat trafik pada blog, anda juga akan dapat menambah bilangan like untuk fanpages. 
Tetapi cara ini bergantung pada trafik atau bilangan pelawat blog anda. Jika trafik blog anda tidak tinggi, maka lambatlah like anda naik. Klik link ini untuk dapatkan kod html widget ini -> http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/ 

gunakan pop-up window 

Menggunakan pop-up window adalah salah satu cara yang sangat digemari oleh kebanyakkan pemilik blog dan fanpages. Sebelum pelawat dapat mebaca blog anda, satu tetingkap kecil akan kelihatan yang menyuruh pelawat untuk menekan butang like terlebih dahulu sebelum mereka dapat sambung membacanya. 
Tetapi kelemahan menggunakan pop-up window ialah ia akan sentiasa muncul walaupun pelawat anda telah menekan butan like sebelum itu. Untuk mendapatkan skrip ini, saya cadangkan anda dapatkan skrip dari kakinetwork. Ianya percuma sahaja -> http://www.kakiheboh.com/likebox-fbfan-pro/ 

Aplikasi video dan artikel 

Salah satu cara yang sememangnya terbukti berkesan dalam meningkatkan like pada fanpages dengan cepat dan mendadak. Pernah tak anda melihat satu video di Facebook, dan apabila anda mahu menonton video tersebut, anda perlu menekan butan like terlebih dahulu? Ya, itulah caranya Fanpages itu memperolehi like. Lagi ramai yang kongsikan aplikasi tersebut, lagi cepat like akan naik. 
Namun untuk membina aplikasi sendiri, anda mungkin perlu mencari seseorang yang mahir dalam menyediakan aplikasi Facebook. Bayaran pula bergantung dengan pakej yang ditawarkan oleh penyedia tersebut. 
Melalui laman web AsiaCube 

Laman web AsiaCube antara laman web yang sering saya gunakan untuk menambah bilangan like pada fanpages kerana ia sememangnya terbukti berkesan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah anda mendaftar secara percuma di sini http://www.asiacube.com/?ref=1325, selepas itu masukkan alamat URL fanpages anda. 
Selepas itu anda boleh mulakannya dengan cara like terlebih dahulu laman web laman web yang ada di AsiaCube. Setiap like yang anda sumbangkan, anda akan memperolehi coin yang boleh digunakan untuk menebus wang tunai atau like fanpages. 
Bagi saya cara yang digunakan AsiaCube ini memang menarik dan berkesan. Berminat untuk sertai, klik sini -> http://www.asiacube.com/?ref=1325

Anda boleh mencuba mana-mana cara yang saya nyatakan di atas, atau anda boleh mencuba kesemua sekaligus bagi membolehkan fanpages anda menerima like lebih cepat.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda...