Wednesday 3 July 2013

Bermula Sebagai Blogger


Saya mempunyai sebuah blog sekitar tahun 2008. Ketika itu saya tertarik apabila mendengar cakap-cakap daripada orang yang blog menghasilkan pendapatan sampingan.

Tetapi selama setahun saya hanya bermain-main dengan blog, tanpa tahu hala tuju atau apakah perkara sepatutnya saya lakukan.

Hinggalah pada penghujung tahun 2009, barulah saya tahu teknik dan cara untuk menjadi seorang blogger yang berjaya. Saya mulai berlajar bagaimana mahu berkomuniti dengan blogger-blogger lain dan saya juga mula mengetahui bagaimana menjana pendapatan dengan syarikat pengiklanan.

Selama beberapa tahun saya bertukar-tukar syarikat pengiklanan. Hinggalah pada tahun 2011 saya mulai merasa selesa apabila berjaya membuat pendapatan sekitar RM600 ke RM700 dengan blog.

TETAPI perlu diingatkan ya! Pendapatan ini tidak stabil setiap bulan. Ada masanya ia kurang daripada biasa. Ini kerana semuanya bergantung kepada jumlah pelawat yang kita terima dan juga iklan yang telah disediakan oleh syarikat pengiklan yang memilih blog kita.

Bagi yang masih lagi tidak biasa dengan blog dan teringin untuk mencubanya, saya cadangkan anda banyakkan membaca perkongsian daripada blogger-blogger lain berkaitan 'kata kunci' (keywords) dan juga niche.

Dua elemen itu adalah yang paling penting bagi saya untuk melahirkan sebuah blog yang berjaya dan juga yang boleh menghasilkan pendapatan.

Semoga perkongsian pengalaman saya ini membantu anda kelak.

Terima kasih kerana membaca

Wednesday 3 April 2013

"Baru 2 Kali Je Gagal... Saya Dah Berpuluh Kali Gagal" - Irfan Khairi

Gambar dari Fanpages Irfan Khairi

Tentu anda pernah mendengar nama Irfan Khairi bukan? Seorang pakar perniagaan internet yang sangat berjaya hinggakan beliau sering diundang untuk menyampaikan motivasi kepada orang ramai yang berminat mempelajari bisnes internet.

Baru-baru ini pada 31 Mac 213 tepat pukul 9 malam, Irfan Khairi telah memberi peluang kepada pengikutnya untuk menanyakan soalan apa sahaja melalui fanpages rasmi miliknya di Facebook selama 30 minit.

Saya yang sememang sedang online ketika itu tidak melepaskan peluang untuk mengikuti soal jawab diantara pengikut Irfan Khairi dan dia.

Di bawah ini adalah beberapa soalan dan jawapan yang saya rasa menarik untuk dikongsikan bersama-sama pembaca blog ini. 



Soalan Siti Roslina: salam IK saya nak tanya macam maner pemasaran yang lebih berkesan untuk facebook sy ada menjual bbrapa produk kecantikan

Jawapan IK: Bina satu komuniti berkenaan dengan industri anda. Bantu orang ramai mengenai bidang anda. Guna kan FB untuk membantu dan membina hubungan bersama prospek, dan bukan asyik promote sahaja.... macam saya lakukan ni Insyaallah.




Soalan Farhan Johari: Salam Tuan IK, boleh berikan beberapa kaedah promosi secara online? Terima kasih

Jawapan IK: Bergantung kepada perniagaan anda. Bagi saya yang terbaik adalah SEO (Search Engine Optimization), iaitu kaedah membawa laman anda ke depan Google




Soalan Mohd Mazuwan Bin Mansor: Bagaimana cara yang berkesan dalam strategi pemasaran ? Tq saudara Irfan

Jawapan IK: Ada banyak cara bergantung pada perniagaan. Cara berinteraksi di FB seperti ini juga adalah efektif. Ianya dikatakan sebagai "engagement"




Soalan Dayang Nursyamillah: saya berumur 23 tahun baru tahun pertama dlm menyambung pengajian diIPTA dalam kursus Sains Kemanusiaan. saya memiliki Diploma pengajian perniagaan dari Politeknik. sangat meminati bisnes. Pesanan encik IK buat saya dalam membahagikan masa untuk pelajaran dan perniagaan kecil-kecilan yang saya miliki sekarang ini?

Jawapan IK: Luangkan sejam sehari sahaja untuk perniagaan. Selainnya fokus pada pembelajaran  Tetapi, 1 jam tu, biarlah masa yang amat kualiti untuk perniagaan.




Soalan Una Rashid: Boleh saya tau apa maksud tuan ttg jangan terlalu menjual di fb?

Jawapan IK: Jangan terlalu mempromosikan produk anda. Sebab orang tak suka... tetapi bantu orang ramai mengenai industri anda.




Soalan Easymandarin To You: hai... sy melayu mengajar bahasa mandarin untuk dewasa.. mcmna sy nak tarik ramai lagi belajar bahasa mandarin ni...?? yang mana sy telah mencipta teknik 8jam boleh membaca dan menyebut bhasa mandarin dengan tepat... agak susah nak yakinkan org ramai

Jawapan IK: Yakin kan 2-3 orang sahaja, dan gunakan mereka sebagai testimonial. Testimonial adalah cara terbaik meyakinkan orang pada produk2 baru.




Soalan Farah Naila Ab Rahman: Salam irfan. Saya masih bekerja. At the same time buat part time biz online slimming product...customer makin banyak tapi tak cukup masa nak reply quiries and order kat fb.

Jawapan IK: Tahniah, tiba masanya untuk anda tambah pekerja. Delegation adalah satu kaedah yang boleh menambahkan lagi kejayaan perniagaan anda. Kalau tak, sampai bila pun tak akan kembang lebih besar  All the best!




Soalan Zima Mac: Assalammualaikum, saya takut gagal Mr.Irfan? saya dah 2 kali gagal...jadi amcam mana nak hilangkan rasa takut ni..?

Jawapan IK: Baru 2 kali je gagal... saya dah berpuluh kali gagal. Buat apa nak takut. Kita akan belajar lebih banyak kalau lebih banyak kali gagal



Soalan Mufidah Fitriyati: Assalamualaikum, sy baru mulakan perniagaan barang dari cina, saya ingin promosikan barang saya melalui internet, bolehkah saya mengambil untung sebanyak 100% daripada penjualan tersebut memandangkan saya baru hendak mula berniaga, saya tidak mendapatkan barang tersebut melalui orang tengah sebaliknya adik saya menguruskan penghantaran tersebut dari sana

Jawapan IK: Boleh. Asalkan nilai yang diterima oleh pelanggan adalah tinggi dari segi barangan dan perkhidmatan anda.





Itu sebahagian soalan dan jawapan ketika sesi Irfan Khairi berlangsung 30 minit tersebut. Walaupun jawapan yang diberikan Irfan Khairi pendek dan ringkas, namun ianya memang tepat dan padat!

Ada banyak lagi soalan yang ditanyakan orang telah dijawab dengan baik oleh Irfan Khairi. Sekiranya anda berminat untuk membaca dengannya. Sila terus pergi ke Fanpages milik Irfan Khairi.

Sebelum saya terlupa, Irfan Khairi, Norman KRU dan Yusry KRU akan bersama-sama mengadakan kelas yang bernama KRU Masterclass pada 13 April 2013, bertempat di KRU Academy Cyberjaya.

Kelas ini akan mendedahkan rahsia kejayaan kumpulan KRU disamping mempelajari menjana wang melalui internet dan media sosial. Sekiranya berminat untuk hadiri, klik link ini ==> KRU MASTERCLASS

Terima kasih dan jumpa lagi...

Sunday 31 March 2013

16 Pesanan Tun Dr.Mahathir Mohamad Kepada Usahawan Melayu



Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad sememangnya seorang tokoh politik yang hebat. Bukan sahaja di dalam Malaysia, malah dunia juga menyanjung tinggi Tun kerana kelantangan kata-katanya dalam menyampai sesuatu pendapat.

Tun Dr.Mahathir ada menyampaikan 16 pesanan yang saya anggap sebagai satu nasihat dan juga panduang yang sangat berguna kepada usahawan khasnya bangsa Melayu.

Apakah 16 pesanan tersebut? mari kita sama-sama membacanya di bawah ini-

NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

1.Melayu perlu belajar dari bawah
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam. Semoga perkongsian ini membuka mata anda dalam memulakan perniagaan.

** Sumber asal- Facebook

Friday 15 March 2013

Apa Itu eBay | Ringkasan Mengenai eBay



eBay adalah pasaran dalam talian (online marketplace) tempat untuk pembeli dan penjual datang berurusan bersama-sama dan menjual beli hampir apa sahaja.

Berikut adalah bagaimana eBay berfungsi:

  • Penjual menyenaraikan barang di eBay, tak kira apa sahaja dari barangan antik, kereta, buku-buku, peralatan sukan atau apa sahaja. Penjual memilih untuk menjual barang melalui Lelongan Bidaan (auction) atau menawarkan Beli Sekarang (Buy It Now) sebagai pilihan, yang membolehkan pembeli untuk membeli barangan segera pada harga yang ditetapkan.
  • Untuk jualan jenis Lelongan Bidaan, bidaan dibuka pada harga penjual menentukan dan kekal di eBay untuk beberapa hari tertentu. Pembeli kemudian meletakkan tawaran pada barangan tersebut. Apabila penyenaraian berakhir, pembeli dengan tawaran yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
  • Dalam penyenaraian Beli Sekarang, pembeli pertama bersedia untuk membayar harga penjual yang telah ditetapkan untuk mendapatkan barangan tersebut.

Thursday 21 February 2013

5 Cara Menaikkan Like Pada Fanpages


Memiliki fanpages di Facebook sememang satu langkah terbaik yang diambil lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang peniaga, baik secara online atau offline.

Fanpages memudahkan pelanggan-pelanggan anda untuk mengetahui perkembangan, promosi atau produk baru yang anda ada dengan mudah. Fanpages juga memudahkan anda berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan anda dengan suasana yang lebih santai dan tidak terlalu formal.

Namun apa yang memeningkan kepala pemilik fanpages ialah cara untuk menarik atau menaikkan like pada fanpages dengan banyak dan cepat.

Di bawah ini saya kongsikan 5 cara yang selalu digunakan untuk menaikkan like pada fanpages dengan cepat.

Jemput kawan-kawan 

Selepas anda siap membuat fanpages, terus jemput kawan-kawan yang berada dalam list Facebook anda untuk like pada fanpages milik anda. Cara ini berkesan juga. Namun dari pengalaman saya, sekiranya anda mempunyai 500 atau 100 senarai kawan, mungkin yang akan like fanpages anda hanya 10 ke 20 orang. 
 
Pasang widget fanpages 

Sekiranya anda mempunyai blog atau website, saya cadangkan supaya anda meletakkan Fanpages anda di bahagian widget. Cara ini bagi saya terbaik juga kerana sambil anda mendapat trafik pada blog, anda juga akan dapat menambah bilangan like untuk fanpages. 
Tetapi cara ini bergantung pada trafik atau bilangan pelawat blog anda. Jika trafik blog anda tidak tinggi, maka lambatlah like anda naik. Klik link ini untuk dapatkan kod html widget ini -> http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/ 

gunakan pop-up window 

Menggunakan pop-up window adalah salah satu cara yang sangat digemari oleh kebanyakkan pemilik blog dan fanpages. Sebelum pelawat dapat mebaca blog anda, satu tetingkap kecil akan kelihatan yang menyuruh pelawat untuk menekan butang like terlebih dahulu sebelum mereka dapat sambung membacanya. 
Tetapi kelemahan menggunakan pop-up window ialah ia akan sentiasa muncul walaupun pelawat anda telah menekan butan like sebelum itu. Untuk mendapatkan skrip ini, saya cadangkan anda dapatkan skrip dari kakinetwork. Ianya percuma sahaja -> http://www.kakiheboh.com/likebox-fbfan-pro/ 

Aplikasi video dan artikel 

Salah satu cara yang sememangnya terbukti berkesan dalam meningkatkan like pada fanpages dengan cepat dan mendadak. Pernah tak anda melihat satu video di Facebook, dan apabila anda mahu menonton video tersebut, anda perlu menekan butan like terlebih dahulu? Ya, itulah caranya Fanpages itu memperolehi like. Lagi ramai yang kongsikan aplikasi tersebut, lagi cepat like akan naik. 
Namun untuk membina aplikasi sendiri, anda mungkin perlu mencari seseorang yang mahir dalam menyediakan aplikasi Facebook. Bayaran pula bergantung dengan pakej yang ditawarkan oleh penyedia tersebut. 
Melalui laman web AsiaCube 

Laman web AsiaCube antara laman web yang sering saya gunakan untuk menambah bilangan like pada fanpages kerana ia sememangnya terbukti berkesan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah anda mendaftar secara percuma di sini http://www.asiacube.com/?ref=1325, selepas itu masukkan alamat URL fanpages anda. 
Selepas itu anda boleh mulakannya dengan cara like terlebih dahulu laman web laman web yang ada di AsiaCube. Setiap like yang anda sumbangkan, anda akan memperolehi coin yang boleh digunakan untuk menebus wang tunai atau like fanpages. 
Bagi saya cara yang digunakan AsiaCube ini memang menarik dan berkesan. Berminat untuk sertai, klik sini -> http://www.asiacube.com/?ref=1325

Anda boleh mencuba mana-mana cara yang saya nyatakan di atas, atau anda boleh mencuba kesemua sekaligus bagi membolehkan fanpages anda menerima like lebih cepat.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda...