Wednesday 3 April 2013

"Baru 2 Kali Je Gagal... Saya Dah Berpuluh Kali Gagal" - Irfan Khairi

Gambar dari Fanpages Irfan Khairi

Tentu anda pernah mendengar nama Irfan Khairi bukan? Seorang pakar perniagaan internet yang sangat berjaya hinggakan beliau sering diundang untuk menyampaikan motivasi kepada orang ramai yang berminat mempelajari bisnes internet.

Baru-baru ini pada 31 Mac 213 tepat pukul 9 malam, Irfan Khairi telah memberi peluang kepada pengikutnya untuk menanyakan soalan apa sahaja melalui fanpages rasmi miliknya di Facebook selama 30 minit.

Saya yang sememang sedang online ketika itu tidak melepaskan peluang untuk mengikuti soal jawab diantara pengikut Irfan Khairi dan dia.

Di bawah ini adalah beberapa soalan dan jawapan yang saya rasa menarik untuk dikongsikan bersama-sama pembaca blog ini. 



Soalan Siti Roslina: salam IK saya nak tanya macam maner pemasaran yang lebih berkesan untuk facebook sy ada menjual bbrapa produk kecantikan

Jawapan IK: Bina satu komuniti berkenaan dengan industri anda. Bantu orang ramai mengenai bidang anda. Guna kan FB untuk membantu dan membina hubungan bersama prospek, dan bukan asyik promote sahaja.... macam saya lakukan ni Insyaallah.




Soalan Farhan Johari: Salam Tuan IK, boleh berikan beberapa kaedah promosi secara online? Terima kasih

Jawapan IK: Bergantung kepada perniagaan anda. Bagi saya yang terbaik adalah SEO (Search Engine Optimization), iaitu kaedah membawa laman anda ke depan Google




Soalan Mohd Mazuwan Bin Mansor: Bagaimana cara yang berkesan dalam strategi pemasaran ? Tq saudara Irfan

Jawapan IK: Ada banyak cara bergantung pada perniagaan. Cara berinteraksi di FB seperti ini juga adalah efektif. Ianya dikatakan sebagai "engagement"




Soalan Dayang Nursyamillah: saya berumur 23 tahun baru tahun pertama dlm menyambung pengajian diIPTA dalam kursus Sains Kemanusiaan. saya memiliki Diploma pengajian perniagaan dari Politeknik. sangat meminati bisnes. Pesanan encik IK buat saya dalam membahagikan masa untuk pelajaran dan perniagaan kecil-kecilan yang saya miliki sekarang ini?

Jawapan IK: Luangkan sejam sehari sahaja untuk perniagaan. Selainnya fokus pada pembelajaran  Tetapi, 1 jam tu, biarlah masa yang amat kualiti untuk perniagaan.




Soalan Una Rashid: Boleh saya tau apa maksud tuan ttg jangan terlalu menjual di fb?

Jawapan IK: Jangan terlalu mempromosikan produk anda. Sebab orang tak suka... tetapi bantu orang ramai mengenai industri anda.




Soalan Easymandarin To You: hai... sy melayu mengajar bahasa mandarin untuk dewasa.. mcmna sy nak tarik ramai lagi belajar bahasa mandarin ni...?? yang mana sy telah mencipta teknik 8jam boleh membaca dan menyebut bhasa mandarin dengan tepat... agak susah nak yakinkan org ramai

Jawapan IK: Yakin kan 2-3 orang sahaja, dan gunakan mereka sebagai testimonial. Testimonial adalah cara terbaik meyakinkan orang pada produk2 baru.




Soalan Farah Naila Ab Rahman: Salam irfan. Saya masih bekerja. At the same time buat part time biz online slimming product...customer makin banyak tapi tak cukup masa nak reply quiries and order kat fb.

Jawapan IK: Tahniah, tiba masanya untuk anda tambah pekerja. Delegation adalah satu kaedah yang boleh menambahkan lagi kejayaan perniagaan anda. Kalau tak, sampai bila pun tak akan kembang lebih besar  All the best!




Soalan Zima Mac: Assalammualaikum, saya takut gagal Mr.Irfan? saya dah 2 kali gagal...jadi amcam mana nak hilangkan rasa takut ni..?

Jawapan IK: Baru 2 kali je gagal... saya dah berpuluh kali gagal. Buat apa nak takut. Kita akan belajar lebih banyak kalau lebih banyak kali gagal



Soalan Mufidah Fitriyati: Assalamualaikum, sy baru mulakan perniagaan barang dari cina, saya ingin promosikan barang saya melalui internet, bolehkah saya mengambil untung sebanyak 100% daripada penjualan tersebut memandangkan saya baru hendak mula berniaga, saya tidak mendapatkan barang tersebut melalui orang tengah sebaliknya adik saya menguruskan penghantaran tersebut dari sana

Jawapan IK: Boleh. Asalkan nilai yang diterima oleh pelanggan adalah tinggi dari segi barangan dan perkhidmatan anda.





Itu sebahagian soalan dan jawapan ketika sesi Irfan Khairi berlangsung 30 minit tersebut. Walaupun jawapan yang diberikan Irfan Khairi pendek dan ringkas, namun ianya memang tepat dan padat!

Ada banyak lagi soalan yang ditanyakan orang telah dijawab dengan baik oleh Irfan Khairi. Sekiranya anda berminat untuk membaca dengannya. Sila terus pergi ke Fanpages milik Irfan Khairi.

Sebelum saya terlupa, Irfan Khairi, Norman KRU dan Yusry KRU akan bersama-sama mengadakan kelas yang bernama KRU Masterclass pada 13 April 2013, bertempat di KRU Academy Cyberjaya.

Kelas ini akan mendedahkan rahsia kejayaan kumpulan KRU disamping mempelajari menjana wang melalui internet dan media sosial. Sekiranya berminat untuk hadiri, klik link ini ==> KRU MASTERCLASS

Terima kasih dan jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment